3 Sebab Anda Mahu Melukis Kartun ?

Melukis nampak mudah. Namun bukan semua manusia mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi melukis kartun yang mempunyai mesej tertentu.  Lukisan kartun yang baik, mempunyai ciri humour dan unsur pengajaran. Ada nilai moral yang hendak disampaikan.


Ini adalah post intro. Sebelum anda mula belajar melukis dari blog ini, cuba tanya diri anda mengapa anda mahu melukis kartun ? Mengapa tidak anda gunakan kamera sahaja. Tidak perlu bersusah payah untuk melukis.

Okay, Saya beri dtua soalan , anda pilih jawapannya. Anda mungkin ada banyak jawapan. Tulis sahaja diruangan komen supaya saya tahu blog ini ada pembaca. Jika tiada , saya akan delete sahaja blog ini. 

1. Berikan 3 sebab anda mahu melukis kartun ;

A. saya mahu membuang masa lapang saya.
B. saya mahu mengisi masa lapang.
C. saya mahu buat nota pelajaran guna kartun
D. saya mahu jadi kartunis.
E. saya mahu cari duit poket dengan melukis kartun.
F. saya gila glamer.
G. saya ingin meng'ayat' awek dengan melukis kartun. 
H. saya memang berbakat
I.   suka hati saya lah nak buat apa pun.

2. Berapa lama masa yang anda akan peruntukan untuk melukis kartun dalam sehari ?

A. 10 minit
B. 30 minit
C. 60 minit
D. 90 minit
E. 120 minit
F. 180 minit
G. 360 minit
H. 720 minit
I.  Apabila ada kelapangan sahaja.

Sila tulis jawapan anda diruangan komen. Nanti saya review  satu panduan melukis yang baik untuk anda. 

Adios gringos !

Post a Comment

3 Comments

  1. Boleh lagi jawab?

    Soalan 1: aku pilih A, D & F. Soalan 2: B

    ReplyDelete
  2. Soalan 1: saya pilih B,C,E . Soalan 2:E

    ReplyDelete
  3. Soalan 1:B,D,G soalan 2:biasa F atau G

    ReplyDelete

Tanyalah kalau tidak tahu!